KUANTAN. 26 Julai bersama 21 Syawal 1437H – Pasukan KK Crew yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Panching muncul juara Karnival Futsal Tertutup Piala Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang,Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah  di sini hari ini.

Selain mengondol Piala Pusingan beserta hadiah wang RM20,000, KK Crew turut dinobat pasukan terbaik dan pemain terbaik yang menjadi milik, Muhammad Afnan bin Mohd Sabri.

Manakala naib juara dengan hadiah wang tunai RM10,000 dimenangi pasukan LSSC Inderapura yang mewakili DUN Inderapura dan tempat ketiga menjadi milik pasukan Ex Player, DUN Dong yang membawa pulang RM5,000.

Piala pusianga dan hadiah-hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dalam Majlis Penutup Karnival Futsal Piala Tengku Mahkota Pahang dan Majlis Santapan/Makan Malam yang diadakan di Dewan Konvenyen Jublee Perak Sultan Haji Ahmad Shah.

Tengku Puan Pahang mewakili paduka kekanda Kebawah Duli Yang Teramat Mulia, Tengku Mahkota Pahang yang tidak dapat berangkat hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir memuliakan keberangkatan Tengku Puan Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Besar Pahang, Tengku Kamil Ismail bin Tengku Idris Shah, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Muhammad Safian Bin Ismail dan Isteri, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Pahang, Yang Berhormat, Dato’ Haji Sri Shahiruddin bin Ab Moin, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Islamiah Pahang, Yang Berhormat Dato’ Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas, Dato’ Norol Azali bin Sulaiman.