KUALA LUMPUR 27 Julai 2016 bersamaan 22 Syawal 1437H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah bercemar duli berangkat memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya T.A.S Industries yang diadakan Grand Hyatt, dekat sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom dan paduka anakanda Kebawah Duli
Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Turut memuliakan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang semua paduka-paduka anakanda, Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang, Tengku Tan Sri Hajjah Meriam binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, . Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Pahang, Hajjah Tengku Dato’ Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Pahang, Tengku Hajjah Dato’ Aishah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang, Tengku Dato’ Hajjah Nong Fatimah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang, Tengku Dato’ Hajjah Shahariah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Turut berangkat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah binti Adil Bakeri dan paduka anakanda Yang DiPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin.

Selain kerabat-kerabat diraja Pahang, turut berkunjung ke rumah terbuka TAS ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Subramaniam Sathasivam, Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Ismail bin Abd Muttalib, Isteri, Datin Sri Dato’ Hajjah Fatimah binti Kassim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senatot Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dasuki.

Turut kelihatan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato’ Sri Ishak bin Mohammad dan isteri.

Majlis bermula jam 2.00 hingga 6.00 petang itu turut dikunjungi tokoh-tokoh korporat dan sahabat handal kepada keluarga diraja Pahang.

Pada majlis yang sama, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dikejutkan dengan kemunculan Kek Ulangtahun Hari Keputeraan Banginda Yang Ke-57 dipentas utama.

Majlis berakhir sebaik, Tengku Mahkota memotong kek dan menerima ucapan tahniah daripada Sri Paduka Ayahanda, Sultanah Kalsom, paduka-paduka kekanda dan adinda.