MESIR. 15 September 2016 bersamaan 13 Zulhijjah 1437H – Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah jam 5.00 petang waktu tempatan disambut oleh TYT Duta Besar Malaysia ke Republik Arab, Mesir dan Palestin, Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari.

Kunjungan baginda yang juga merupakan Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang ke Mesir bersempena Perasmian Bangunan Majlis. Bangunan tersebut dijadikan asrama untuk penempatan para pelajar Pahang yang menuntut di sana. Baginda berkenan menghadiri Majlis Santapan Makan Malam anjuran TYT Duta Besar Malaysia ke Republik Arab, Mesir dan Palestin yang berlangsung di Purple Daisy Ballroom, Hotel Dusit Thani, New Cairo.

Majlis Santapan Makan Malam dihadiri oleh Ahli-Ahli Mesyuarat Majlis, YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Timbalan Yang Dipertua Majlis, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Haji Wan Hassan, YB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato’ Haji Shamsulbahri Haji Ibrahim, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman Haji Osman, YM Raja Dato’ Karib Shah Raja Shahrudin, YH Dato’ Haji Wan Abdullah Haji Wan Salleh, YH Dato’ Haji Kamaruddin Zakaria, YH Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Dato’ Haji Mohamad Noor Abdul Rani dan YH Dato’ Hajjah Salehah Haji Osman. Turut serta, YB EXCO Hal Ehwal FELDA Negeri, Dato’ Abu Bakar Haji Harun, YB EXCO Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Dato’ Syed Ibrahim Syed Ahmad, Setiausaha Sulit Khas Kepada KDYMM Sultan Pahang, Lt. Kol. (B) Haji Nor Hashim Abd. Aziz, YH Setiausaha Majlis, Dato’ Ahmad Hairi Hussain dan Pegawai-Pegawai Majlis.