KUANTAN. 6 Oktober 2016 bersamaan 5 Muharram1438H – KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mewakili Sri Paduka Ayahanda, KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah menyempurnakan Perasmian KPJ Pahang Specialist Hospital, di Tanjung Lumpur, pagi ini.

Hospital Pakar KPJ, 11 tingkat itu hasil Usahasama Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn Bhd dan PASDEC Holding Corporation Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif. KPJ Pahang yang dibina dengan kos RM110 juta merupakan hospital swasta yang pertama di negeri Pahang yang mempunyai Pusat Kateterisasi Jantung.

Keberangkatan tiba KDYTM Tengku Mahkota Pahang di sambut oleh Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation, merangkap Pengerusi KPJ Healthcare Berhad, Yang Berhormat Dato’ Kamaruzzaman bin Abu Kassim dan barisan Ahli Lembaga Pengarahnya.

Turut memuliakan keberangkatan Tengku Mahkota Pahang, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, YAM Tengku Besar Pahang, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, YB Dato’ Sri Haji Ishak bin Muhamad, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas, YB Dato’ Norol Azali bin Sulaiman,  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, YB Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri, YB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail,  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, YB Dato’ Haji Shafik Fauzan bin Haji Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri, YB Dato’ Sri Haji Shahiruddin bin Ab. Moin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA Negeri, YB Dato’ Abu Bakar bin Haji Harun, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, YB Dato’ Haji Mohd Johari bin Hussain,  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri, YB Dato’ Hajah Shahaniza binti Shamsuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri,YB Dato’ Syed Ibrahim bin Syed Ahmad.

Turut hadir, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato’ Haji Shamsulbahri bin Haji Ibrahim, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Daerah Kuantan, Kerabat-Kerabat Bergelar dan Ahli-Ahli Jumaah Pangkuan Diraja Pahang.