PEKAN. 7 Oktober 2016 bersamaan 6 Muharram 1438H – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berangkat mencemar duli ke Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Kali Ke-168 selesai baginda menunaikan Solat Jumaat. Baginda selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis menyampaikan titah kepada ahli-ahli mesyuarat dan kakitangan agar mencontohi empat sifat terpuji Rasulullah SAW iaitu; siddiq, amanah, tabligh dan fatanah semasa melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai.

Mesyuarat turut dihadiri oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Timbalan Yang Dipertua Majlis, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Haji Wan Hassan, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato’ Haji Shamsulbahri Haji Ibrahim, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman Haji Osman, YM Raja Dato’ Karib Shah Raja Shahrudin, YH Dato’ Haji Wan Abdullah Haji Wan Salleh, YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin, YH Prof Dato’ Dr. Abdul Monir Yaacob, YH Dato’ Mohd. Mokhtar Shafii, YH Dato’ Haji Kamaruddin Zakaria, YH Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Dato’ Haji Mohamad Noor Abdul Rani, YH Dato’ Hajjah Salehah Haji Osman dan YH Setiausaha Majlis, Dato’ Ahmad Hairi Hussain.