PEKAN. 7 Oktober 2016 bersamaan 6 Muharram 1438H – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bercemar duli berangkat menyaksikan sendiri rumah bantuan yang baginda janjikan kepada mangsa ribut di Kampung Tanjung Medang telahpun siap dan diduduki oleh mangsa sekeluarga.

Baginda bersyukur dan mengucapkan penghargaan terima kasih kepada para penyumbang yang menyalurkan sumbangan kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang bagi menampung kos pembinaan rumah tersebut yang berjumlah hampir RM60 ribu. Antara penyumbang, Yayasan Rahah, DRB-HICOM Berhad dan juga sumbangan daripada YAM kakakanda baginda. Bagi meringankan beban mangsa, baginda turut mengurniakan sumbangan peribadi sejumlah wang tunai.

Sebelum meninggalkan majlis, baginda sempat meminum air kelapa muda yang dihidangkan.

Turut memuliakan keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Pegawai Daerah Pekan, Setiausaha Majlis Ugama Islam Pahang, YH Dato’ Ahmad Hairi Hussain, Pegawai DRB-HICOM Berhad, Ketua Polis Daerah Pekan, Tuan Amran Sidek, Penghulu Mukim dan juga Ketua Kampung.