KUANTAN. 8 Oktober 2016 bersamaan 7 Muharram 1438H – YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah menyampaikan penganugerahan diploma kepada graduan-graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. YB Dato’ Sri juga merupakan Pengerusi Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn. Bhd.

Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-15 berlangsung di Dewan Utama KUIPSAS melibatkan penganugerahan kepada 295 orang graduan dari tiga fakulti, iaitu Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Pengurusan serta Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Beberapa orang graduan menerima anugerah kecemerlangan antaranya: –
i) Anugerah Kecemerlangan Sultan Ahmad Shah, Nurul Nadzuana Madslin, Diploma Pengajian Media Islam

ii) Anugerah Kecemerlangan Rektor, Nor Adahiyah Samad, Diploma Pengajian Islam, Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan

iii) Anugerah Kecemerlangan Dekan : Izza’an Baza’ai, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Diploma Pembangunan Perisian (Internet dan Multimedia), Khairunnisa Mohd Yusoff, Fakulti Pengajian Islam, Diploma Pengajian Islam, Pengkhususan Syariah dan Pengurusan serta Nur Dini Arifah Othman, Fakulti Pengajian Pengurusan, Diploma Kewangan dan Perbankan

iv) Anugerah Kecemerlangan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Abdul Azim Abdul Razak, Diploma Pengajian Islam, Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan

v) Anugerah Kecemerlangan Yayasan Pahang : Nor Aina Mohd Hashim, Fakulti Pengajian Islam, Diploma Pengajian Islam, Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan serta Fatin Nazihah Mat Tar, Fakulti Pengajian Pengurusan, Diploma Pengajian Pengurusan

vi) Anugerah Kecemerlangan Jabatan : Jabatan Dakwah, Nur Liyana Zaini, Diploma Pengajian Media Islam, Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan; Jabatan Syariah, Mior Ahmad Ashraf Mior Shahrin, Diploma Pengajian Islam, Pengkhususan Syariah dan Undang-Undang; Jabatan Kewangan, Siti Nor Khumairah Ahmad, Diploma Pengurusan Kewangan Islam; Jabatan Perniagaan, Siti Nur Aishah Zolkefely, Diploma Pengurusan Pemasaran; Jabatan Perakaunan, Raja Nur Akhmar Raja Razak, Diploma Perakaunan dan Jabatan Bahasa Arab, Wan Nurul Atikah Wan Zahri, Diploma Bahasa Arab Komunikasi

vii) Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum : (Lelaki) Mohd Ariff Muda, Diploma Pengajian Islam, Pengkhususan Syariah dan Undang-Undang manakala (Perempuan) Chayu Afifi Noordin, Diploma Pengajian Media Islam

Majlis turut dihadiri oleh YH Rektor KUIPSAS, Dato’ Haji Yahya Zainal Abidin, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn. Bhd., Ahli-Ahli Lembaga Pengelola KUIPSAS, Pensyarah-Pensyarah KUIPSAS serta para ibu bapa graduan yang diraikan.