KUALA LUMPUR. 12 Oktober 2016 bersamaan 11 Muharram 1438H – Paduka adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Almarhumah Yang Mulia Tengku Hajjah Faridah binti Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah, 70 tahun telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, selepas Solat Zohor, semalam.¬†Almarhumah yang menghidap penyakit kanser telah disahkan mangkat jam 10.05 pagi di wad Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan, Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom dan Kaum Kerabat Diraja Pahang.

AL-FATIHAH.