KUALA LUMPUR. 3 Disember 2016 bersamaan 3 Rabiulawal 1438H – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berangkat mencemar duli menghadiri Majlis Konvokesyen BERJAYA University College of Hospitality. Baginda selaku Tuanku Canselor mengistiharkan pembukaan Majlis Konvokesyen dengan mengurniakan kepada 220 orang graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dalam bidang masing-masing.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Eksekutif merangkap Naib Canselor BERJAYA UCH.

Majlis Konvokesyen BERJAYA UCH pada kali ini meraikan para graduan dalam bidang antaranya,

Faculty Hospitality and Tourism
i) School of Hospitality : Bachelor of Hospitality Management (Honours) dan Diploma in Hotel Management.

ii) School of Tourism:
Bachelor of Events Management (Honours), Bachelor of Tourism Management (Honours), Diploma in Event Management dan Diploma in Tourism and Travel Management.

Faculty of Culinary Arts menganugerahkan Kelas Pertama kepada Devina Christiana graduan Bachelor of Culinary Arts Management (Honour). Fakulti tersebut turut menyampaikan sijil kepada graduan dalam bidang pengajian Diploma in Culinary Arts dan Diploma in Patisseries.

Manakala BERJAYA Business School terdiri daripada para graduan dalam bidang, Master of Business Administration, Bachelor of Retail Management (Honours), Diploma in Business Management dan Diploma in Retail Management. Dua orang graduan dari BERJAYA BUSINESS School dianugerahkan Kelas Pertama iaitu Tan Ling Shing serta Wong Kok Siong graduan dalam bidang pengajian Bachelor of Business Management (Honours).