KUANTAN. 9 Disember 2016 bersamaan 9 Rabiulawal 1438H – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berangkat mencemar duli bersempena Majlis Persembahan Taklimat Persediaan Menghadapi Musim Banjir Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2016/2017 yang berlangsung di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Sri Pahang.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail. Taklimat telah disampaikan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Negeri Pahang.

Turut hadir, YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Haji Wan Hassan, Sahibus Samah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman Haji Osman, YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhamad, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.