PEKAN. 22 Disember 2016 bersamaan 22 Rabiulawal 1438H – KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mencemar duli berangkat mempengerusikan Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang (JPDNP) kali ke-106 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.

Ketibaan KDYTM Tengku Mahkota Pahang di KISHAS disambut oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Haji Wan Hassan. Kehadiran ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada Kerabat-Kerabat Bergelar, Kerabat-Kerabat Tidak Bergelar, Orang-Orang Besar Berempat, Berlapan dan Enam Belas, Ex-Officio, Penghulu dan Orang Besar Raja.