KUANTAN. 22 Disember 2016 bersamaan 22 Rabiulawal 1438H – Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom diiringi bersama anakanda, YAM Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ke Mawilla 1 sempena Lawatan Operasi Kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Pakistan di Jeti Pangkalan TLDM Kuantan Markas Wilayah Laut 1 Tanjung Gelang.

Keberangkatan baginda diraikan dengan majlis memotong kek serta majlis santapan malam di atas Kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Pakistan. Turut hadir, Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Dato’ Azhari Abdul Rashid dan Duta Pakistan di Malaysia, Syed Hassan Raza.