KUANTAN. 23 Disember 2016 bersamaan 23 Rabiulawal 1438H – KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Badan Korporat yang berlangsung di Istana Abdulaziz.

Baginda juga selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang menerima pembayaran zakat daripada lima badan korporat. Jumlah keseluruhan pembayaran zakat yang dibayar kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang berjumlah RM2,442,671.00.

Antara badan korporat terlibat yang menyempurnakan pembayaran zakat perniagaan pada pagi ini adalah ;-

  1. Far East Holding Berhad dan Kumpulan berjumlah RM1,068,530.00 oleh Pengurus Besar, Puan Hajjah Asmin binti Yahya.
  2. FELCRA Wilayah Pahang Berhad berjumlah RM874,914.00 menerusi Ketua Pegawai Operasi, Encik Zainal Abidin bin Sharif.
  3. Akaun Estet Risda (RTSB) berjumlah RM259,227.00 oleh Pengarah RISDA Negeri, Encik Ali Sabuddin bin Abd. Samad.
  4. Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) berjumlah RM200,000.00 diwakili oleh Pengerusi PASFA, YH Dato’ Haji Mustaffar bin Kamal.
  5. Agro Bank Malaysia Berhad berjumlah RM40,000.00 oleh Pengurus Wilayah, Encik Syed Ibrahim bin Syed Mohd Almashor.

Hadir sama, YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Haji Wan Hassan serta YH Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, Dato’Haji Halidan Md Daud.