PEKAN 19 Jan 2017 Bersamaan 21 RABIUL AKHIR 1438H – Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan mencatat keputusan cemerlang apabila di umum Sekolah terbaik Pahang dalam keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016. Keputusan tersebut di umumkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Yang Hormat Dato’ Haji Mohd Ghazali bin Abd. Aziz, dalam satu majlis di Dewan SHAS Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, di sini, pagi ini. Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan mencatat keputusan keseluruah membanggakan dengan catatan 83.59 peratus berbanding keputusan 2015, 81.09 peratus iaitu kenaikan 2.5 peratus.

Menurut Mohd Ghazali, Gred Purata Negeri (GPN), STAM tahun 2016 Pahang mencatat 2.85 peratus iaitu kenaikan 0.12 peratus berbanding 2015, 2.97 peratus.

Beliau merakamkan ucapan Tahniah kepada Pengurusan, Guru-Guru dan pelajar-pelajar Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar kerana bukan sahaja berjaya meningkat dalam peratusan, malah turut mencipta sejarah apabila 68 pelajar memperoleh keputusan Mumtaz, 161 Jayyid Jiddan,247 Jayyid dan Maqbul 41 berbanding keputusan STAM 2015. Manakala ditempat kedua terbaik Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka yang mencatat 79.75 peratus, kenaikan 6.62 peratus.

Manakala ketiga Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh apabila mencatat kenaikan 14.55 peratus kepada 60 peratus. Bagaimanapun, SMA AL-Maidah Ad-Diniah Padang Tengku, Lipis merosot 13.78 peratus berbanding STAM 2015.