KUANTAN 13Febuari 2017 Bersamaan 16 Jamadilawal -Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengampuni berkenan menerima mengadap Pengarah Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Pahang, Yang Hormat Dato’ Abdul Wahab bin Haji Mat Yasin, di Istana Abdulaziz, disini, hari ini.

Majlis kunjungan hormat tersebut turut dihadiri Penolong Pengarah Siasatan, Tuan Hafisham b Mohd Noor, Pegawai Siasatan, Tuan Mohd Sobri b Mohd Kamilan dan Pegawai Perhubungan Awam JBPM Tuan Anuar bin Haji Hassan. KDYMM Pemangku Raja Pahang turut meraikan rombongan JBPM yang di ketua Dato’ Abdul Wahab dalam majlis santapan/makan tengah hari bersama baginda dan tetamu yang lain.

Antaranya, Pengerusi KOSMA, Yang Hormat, Dato’ Sri Haji Abdul Jabbar bin Haji Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan Yang Hormat Dato’ Haji Zulkifle bin Ali Al-Hafiz.