┬áCAMERON HIGHLANDS. 17 Februari 2017 bersamaan 20 Jamadilawal 1438H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengakhiri lawatan rasmi ke Daerah Cameron Highlands apabila baginda bercemar duli berangkat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata, di sini hari ini.Turut mengiring baginda, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, YB Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri, Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi bin Tan Sri Abd. Razak dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail.

Turut sama, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Hasadid bin A. Hamid dan Al-Fadhil Kadi Daerah Cameron Highlands, Mohd Yusri bin Aman.

Selesai menunaikan solat, baginda turut bersalaman dan bermesra dengan jemaah yang hadir dan mengurniakan sumbangan wang kepada kanak-kanak sebelum baginda berangkat pulang menamatkan siri lawatan rasmi ke Daerah Cameron Highlands. DIRGAHAYU TUANKU