PEKAN. 8 Mac 2017 bersamaan 9 Jamadilakhir 1438H – YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan merasmikan pelancaran Majlis Penyampaian Agihan Zakat Bantuan Pendidikan Pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) 2017 bertempat di SMA Tengku Ampuan Fatimah. 

Pada tahun ini, sejumlah RM993,300.00 diperuntukkan kepada 9,933 orang pelajar di 18 buah SMAN. Majlis penyampaian bantuan pada hari ini melibatkan seramai 580 orang pelajar SMATAF menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM100 setiap seorang. 

Hadir sama, YH Dato’ Haji Mohamad Noor bin Abdul Rani, Pengarah JAIP, YBhg. Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad, KPP Bahagian Pendidikan JAIP, YBhg. Ustaz Mohd Azri bin Salehud-din, Pegawai Pendidikan Majlis, YBhg. Ustaz Muhammad Hafidz bin Abdul Halim, Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Cawangan Pekan dan YBhg. Ustazah Saniah binti Muhamad, Pengetua SMATAF.