PEKAN. 16 Mac 2017 bersamaan 17 Jamadilakhir 1438H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Ke-169 di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini. 

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Pahang antara Ahli Majlis yang hadir pada mesyuarat kali ini. 

[/su_custom_gallery]

Ahli Mesyuarat Majlis yang turut hadir, Timbalan Yang Dipertua MUIP, YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato’ Haji Shamsulbahri bin Haji Ibrahim, Sahibus Samahah Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman, YM Raja Dato’ Karib Shah bin Raja Shahrudin, YH Dato’ Indera Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Salleh, YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Haji Husin, YH Prof Dato’ Dr. Abdul Monir bin Yaacob, YH Dato’ Mohd. Mokhtar bin Shafii, YH Dato’ Haji Kamaruddin bin Zakaria, YH Pengarah JAIP, Dato’ Haji Mohamad Noor bin Abdul Rani, YH Dato’ Hajjah Salehah binti Haji Osman serta YH Setiausaha MUIP, Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain.