sejarah

AKTIVITI KEBAJIKAN

Pelbagai program kebajikan telah dijalankan di antaranya adalah :

  • Tadika Islam
  •  Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain
  • Sumbangan pembinaan Masjid Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad
  • Bantuan kepada fakir miskin dan pelajar-pelajar kurang berkemampuan dari segi kewangan dan kebajikan serta termasuk wang saku kepada pelajar-pelajar yang terpilih melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS
  • Sumbangan bencana alam seperti ribut dan banjir
  • Bantuan perubatan kepada yang memerlukan
  • Sumbangan lembu sempena Hari Raya Korban
  • Pemberian wang moreh untuk Majlis Berbuka Puasa

Masjid Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad Sungai Karang, Kuantan

  • Masjid Lama Sungai Karang telah dibina pada tahun 1950 kira-kira 11km dari Bandar Kuantan. Kini ianya telah diubah suai dan dijadikan Kelas Fardhu Ain “Nurul Iman Sungai Karang” di bawah Projek Yayasan Istana Abdulaziz. Pada 28 April 1996, KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan KDYTM Tengku Puan Pahang telah berangkat menunaikan Sembanyang Hari Raya Aidiladha bersama-sama rakyat di masjid tersebut.
  • Masjid ini boleh memuatkan seramai 900 orang jemaah. Terdapat kemudahan Pusat Sumber Maklumat yang mengandungi bahan bacaan dan maklumat mengenai Islam, Bilik Mesyuarat Jawatankuasa Masjid dan kemudahan meletak kenderaan sehingga dapat memuatkan sejumlah 70 buah kenderaan.
  • Pengurusan dan pembiayaan perjalanan masjid di bawah Yayasan Istana Abdulaziz, namun masjid ini turut diuruskan bersama oleh Jawatankuasa Masjid Tengku Panglima Perang.

Kelas Fardu Ain

Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Nurul Iman atau dikenali sebagai Kafni telah dianjurkan oleh Yaysan Istana Abdulaziz bagi tujuan memberikan pendidikan yang berkaitan dengan ilmu agama Islam dan Fardhu Ain kepada rakyat di negeri Pahang.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :

  • Sambutan Maulidur Rasul
  • Sambutan Hari Guru
  • Sambutan Hari Kebangsaan
  • Majlis Tadarus Al-Quran
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Majlis Jamuan Hari Raya
  • Majlis Hafazan Al-Quran
  • Majlis Solat Dhuha dan Amali Solat
  • Majlis Bacaan Yaasin

Akademi Menara Gading

  • Dilancarkan pada 21 Mei 1999. Mula dikenali sebagai Projek Menara Gading. Akademi ini merupakan ilham dan idea oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah yang juga merupakan penaung kepada akademi ini. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Tujuan utama Akademi Menara Gading adalah untuk memberi peluang pembelajaran yang lebih baik kepada pelajar-pelajar yang terdiri daripada golongan miskin, anak-anak yatim dan kurang bernasib baik dari kawasan luar bandar di seluruh negeri Pahang. Para peserta akademi ini akan dibimbing secara berterusan untuk memastikan mereka mencapai kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi memastikan mereka menjejakan kaki ke menara gading.

Misi
“ Seorang graduan bagi satu keluarga “

Objektif

Menyediakan program jangka panjang bagi membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar miskin, anak-anak yatim dan pelajar luar bandar seluruh negeri Pahang.

Memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar miskin dan anak yatim negeri Pahang.

Mengadakan seminar peperiksaan dan ceramah motivasi bagi sekolah-sekolah di seluruh negeri Pahang.

Program keibubapaan dan kemasyarakatan serta pembangunan belia.

Menubuhkan kemudahan pusat tuisyen dan pusat ICT kepada pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik di luar bandar.

  • Pencapaian dan Kejayaan Projek Menara Gading
    Akademi Menara Gading sejak tahun 1999 hingga kini telah memperllihatkan seramai 650 orang peserta telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading di dalam dan luar negara dalam pelbagai bidang profesional termasuk dalam bidang perubatan dan aeroangkasa. Sebahagian daripada mereka telah pun bekerja dalam pelbagai sektor awam mahupun swasta.

Program Pembangunan Keagamaan dan Pendidikan Masyarakat Orang Asli Pahang

  • Yayasan Istana Abdulaziz juga menganjurkan pelbagai program yang berkaitan dengan ilmu keagamaan, pendidikan dan kerjaya serta khidmat masyrakat dalam pelajar, belia dan ibu bapa di kalangan masyarakat orang Asli di negeri Pahang.
  • Program-program tersebut telah diadakan di beberapa perkampungan orang Asli diantaranya, Pos Betau Kuala Lipis, Kampung Runchang Pekan, Pos Iskandar Bera, Kuala Tembeling Jerantut, dan Kampung Sungai Mas serta Sungai Lembing Kuantan.
  • Program-program yang dilaksanakan dalam pelbagai aktiviti seperti bengkel, ceramah, lawatan sambil belajar, keusahawanan dan lain-lain dianjurkan secara bersama dengan pihak Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Disamping itu juga, penyelidikan berkaitan dengan pendidikan dan kerjaya masyarakat orang Asli turut dilakukan bagi merangka satu program jangka panjang yang lebih efektif dalam membangunkan masyarakat orang Asli.

Objektif Program
Mengadakan pelbagai program bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan agama dan pendidikan.

Memberi pendedahan kepada masyarakat orang Asli tentang peluang kerjaya masa kini.

Membantu menyediakan kemudahan peralatan dan kemudahan di surau dan masjid di perkampungan orang Asli.

Membantu meningkatkan kemudahan peralatan dan tempat pembelajaran serta bantuan buku kepada pelajar orang Asli.

Mengadakan program mobiliti kepada pelajar dan masyarakat orang Asli.

Melaksanakan penyelidikan tentang pembangunan pendidikan dan kerjaya orang Asli.