Template-Banner-(TM-Pahang)-SEJARAH

Sultan-Ahmad-Al-Mu’adzam-Shah

Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah

SULTAN PAHANG I

1882-1914
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah
Ibni Al-Marhum Bendahara Ali
  • Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah ialah anakanda kepada Bendahara Ali dengan Che Long, juga dikenali sebagai Che Lingga. Bendahara Ali adalah pemerintah Negeri Pahang bagi tahun 1806 hingga 1857.
  • Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah telah diputerakan pada 23 Mei 1836 bersamaan 5 Muharram 1252 H, di istana ayahandanya di Pulau Maulana, Pekan. Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah merupakan putera yang kelima dari sebelas saudara. Baginda telah diisytiharkan menjadi Sultan pada 16 Ogos 1882.
  • Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah telah mangkat pada 9 Mei 1914, setelah memerintah selama lebih kurang lima puluh tahun penuh daulat di atas takhta singgahsana kerajaan Negeri Pahang. Baginda mangkat dengan meninggalkan beberapa orang isteri, putera dan puteri, dan telah dimakamkan di Makam Diraja di Kampung Marhum, Kuala Pahang pada 11 Mei 1914.

Sumber daripada Portal Kesultanan Pahang
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang