Logo-YIAA

YAYASAN ISTANA ABDULAZIZ

Istana Abdulaziz merupakan Istana rasmi KDYTM Tengku Mahkota Pahang yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang. Yayasan Istana Abdulaziz telah ditubuhkan pada 11 September 1996 di Istana Abdulaziz. Penjamin utama Yayasan Istana Abdulaziz adalah KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar Al-Haj. Yayasan Istana Abdulaziz adalah satu-satumya institusi tajaan Istana Abdulaziz. Objektif penubuhan adalah untuk bersama-sama menyumbangkan usaha murni ke arah kemakmuran umat dan agama Islam.

OBJEKTIF

  1. Mengadakan program dan menyediakan kemudahan bagi melahirkan masyarakat yang celik agama dan mempunyai bekalan ilmu di akhirat kelak.
  2. Mengadakan program keagamaan dan membina sekolah yang mengajar Al-Quran dan As-Sunnah kepada masyarakat dan menyampaikan ilmu Fardhu Ain.
  3. Memberi sumbangan dana kepada masyarakat yang ditimpa bencana dan musibah.
  4. Membina masjid dan menyediakan kemudahan prasarana kepada pihak masjid.
  5. Pembangunan pendidikan bagi keluarga miskin dan anak yatim dan pelajar luar bandar melalui Program Akademi Menara Gading.
  6. Menerbitkan buku-buku ilmiah untuk kegunaan masyarakat dan pelajar dalam dunia pendidikan.
  7. Mengadakan program pembangunan pendidikan, kerjaya dan keagamaan bagi masyrakat orang Asli di Negeri Pahang.
  8. Memberi sumbangan moreh sempena bulan Ramadhan dan mengadakan Korban Lembu sempena Hari Raya Korban.

CARTA ORGANISASI

carta-organisasi-YIAA

CARTA ORGANISASI YAYASAN ISTANA ABDULAZIZ