banner-sultan-pahang

BIODATA DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH PAHANG

D.Y.M.M.-Sultanah-Hajah-Kalsom-binti-Abdullah

Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom

  • Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom dilahirkan pada 12 September 1951. Baginda telah mendirikan rumahtangga dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah pada 14 Mac 1991 dan telah dikurniakan seorang putera pada 10 Februari 1994, iaitu Yang Amat Mulia Tengku Fahd Mu'adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang kini bergelar Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang. Pada peringkat awal Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang telah mendapat pendidikan di Garden International School, Kuantan dan seterusnya telah melanjutkan pendidikannya di United Kingdom mulai September 2005. Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang juga telah mendapat pendidikan agama secukupnya di Pekan.
  • Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom juga amat aktif di dalam aktiviti kemasyarakatan dan badan-badan amal. Baginda adalah Presiden kepada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Cawangan Pahang (LKPIM), Penaung kepada badan-badan seperti PERKIM, Yayasan Seri Kencana Kalsom, KIWANIS, Soroptimist International Club of Kuantan dan Cancerlink Society of Malaysia. Pada waktu lapang, Baginda gemar membaca dan memasak.

Sumber daripada Portal Kesultanan Pahang
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang