BANNER-TMP-&-TPP

BIODATA KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG

  • Tengku Puan PahangKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, DK., SSAP., SIMP., DK.(Johor)., SPMJ., PKC., PKT., PJK., telah diputerikan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah, di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor. Baginda merupakan Puteri yang ketiga kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor.
  • Pendidikan awal Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bermula di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru. Baginda seterusnya bersekolah di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru, dan meneruskan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkahwin dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada bulan Mac 1986. Baginda telah dikurniakan dengan 4 orang putera dan dua orang puteri:-
    1. Yang Amat Mulia Mejar Tengku Amir Nasser Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, SIMP.
    2. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, 
      Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, DK., SSAP.
    3. Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
    4. Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
    5. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
    6. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  • Di antara kegiatan-kegiatan dan kegemaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada masa lapang ialah membaca, memasak, menjahit, bermain golf dan paling utama menjaga dan bermain-main dengan Paduka-paduka Anakanda serta berbakat dalam bidang penulisan. Sebuah buku masakan hasil daripada Baginda sendiri bertajuk "Air Tangan Tengku Puan Pahang" telah diterbitkan dan seterusnya dilancarkan pada Mac 2005 yang lalu. Sehingga kini penjualan buku tersebut masih lagi dijalankan dan hasilnya disalurkan terus ke TAFF.
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong merupakan penaung DiRaja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Negeri Pahang dan Pengakap Puteri Sedunia serta merupakan Naib Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong juga merupakan Pengerusi PERTAP, Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Pahang(WI) serta Pengasas atau Presiden Seumur Hidup Yayasan Fertaliti Tunku Azizah(TAFF). Selain itu, Baginda juga merupakan Pemegang Amanah Yayasan Istana Abdulaziz(YIA) dan juga merupakan Penaung Diraja AP di Hong Kong.

Sumber daripada Portal Kesultanan Pahang
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang