BANNER-TMP-&-TPP

BIODATA KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA PAHANG

NAMAKEPUTERAANPENDIDIKANKETENTERAANPERLANTIKAN PEMANGKU RAJATUANKU YANG DIPERTUA MAJLIS UGAMA ISLAM PAHANGSUKANPERLANTIKAN TENGKU MAHKOTANAMA ISTERIPUTERA DAN PUTERIJAWATAN DISANDANGPENCAPAIANALAMAT PEJABAT
tm
KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA PAHANG
Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
DK., SSAP., SIMP., DK.(Terengganu)., DK.(Johor)., SPMJ., PAT.

  • Tengku Mahkota Pahang telah diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal, Pekan. Baginda pernah mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.
  • Sejak kecil lagi Baginda aktif dalam sukan seperti permainan hoki, bola sepak, sepak raga jaring. Atas minat dan kebolehan yang ditunjukkan, Baginda telah terpilih untuk mewakili sekolah, daerah dan negeri di dalam permainan bola sepak.
  • Worcester & Queen Elizabeth College (Foreign Affair & Diplomacy) 1981
  • Royal Military Academy, Sandhurst, England 1979-1980
  • Davies College, London – Advance School 1978-1979
  • Aldenham School, Elstree Hertfordshire – Advance School 1975-1978
  • Brigadier General, Regiment 505 Voluntary Army 1st April 2004
  • Colonel, Regiment 505 Voluntary Army 1st June 2000
  • Lieutenant Colonel, Regiment 505 Voluntary Army 1st May 1999
  • Captain, Corp Cavalry of Malaysian Army 1980
  • 2nd Lieutenant, Royal Military Academy, Sandhurst, England 1980
    (Commissioned by Queen Elizabeth II)
  • Sewaktu Sultan Haji Ahmad Shah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong, Baginda dilantik sebagai Pemangku Raja Negeri Pahang. Oleh kerana Baginda telah terdedah ke dunia pentadbiran, sering pula mengikut ayahanda Baginda menemui rakyat, tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ketika menjadi Pemangku Raja inilah Baginda menyertai kursus hal-ehwal luar negeri di Queen Elizabeth College, University Oxford, England dan kursus Tatacara Pentadbiran Tanah di Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur selama 2 minggu (Disember 1982).
  • Sebagai Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Baginda amat mengambil berat akan hal ehwal rakyat di Negeri Pahang Darul Makmur. Di dalam siri keberangkatan Baginda ke daerah-daerah, Baginda telah menggunakan helikopter untuk cepat sampai ke tempat-tempat yang dilawati dan seterusnya dapat meninjau dengan lebih dekat akan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat. Hasrat utama Baginda ialah untuk memastikan segala aspek pembangunan dapat disampaikan kepada rakyat ke tahap yang maksimum.
  • Selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Baginda juga tidak ketinggalan dalam menasihati rakyat supaya sentiasa mengimarahkan masjid dengan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan untuk faedah dunia dan akhirat. Baginda sentiasa menggalakkan supaya masjid yang telah dibina oleh Kerajaan digunakan dengan sepenuhnya oleh rakyat jelata.
  • Seperkara lagi yang juga sangat Baginda tekankan ialah supaya rakyat di negeri ini sentiasa hidup di dalam suasana harmoni dan bersatu padu.
  • Baginda menerajui Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang selaku Yang Dipertua di bawah kepimpinan Baginda serta naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, maka majlis telah berjaya bersama-sama dengan kerajaan negeri menyumbang kepada perkembangan ekonomi, kebajikan umat Islam, serta mengembangkan syiar Islam di negeri ini.
  • Kedua-duanya iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang sangat memberi perhatian terhadap kebajikan pentadbiran umat Islam di negeri ini.
  • Baginda amat meminati bidang sukan. Ketika di England, Baginda mengetuai Pasukan Polo Diraja Pahang di dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club dan berjaya memenangi perlawanan tersebut. Seterusnya Baginda mengambil bahagian di dalam pertandingan di Singapura, Manila dan Brunei.
  • Di Pekan, Baginda menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri yang dinamakan Pasukan Sri Mahkota Alam. Bidang sukan lain seperti Go-Kart dan penerbangan Ultralight. Baginda terpilih menjadi Yang Dipertua bagi beberapa pertubuhan seperti Pasukan Equestarian Malaysia, Kelab Tenis Diraja Pahang, Kelab Golf Diraja Pahang, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan mempengerusikan Liga Semi-Pro anjuran FAM.
  • Pada 1 Julai 1975, Baginda telah dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.
  • Pada usia Baginda baru sahaja menjangkau 20 tahun, Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 . Baginda yang telah dididik dan dilatih dengan ilmu pengetahuan dan kepimpinan, Baginda telah dapat menyempurnakan tanggungjawab yang berat dengan sempurna. Baginda menjadi Pemangku Raja Pahang untuk tempoh lima tahun iaitu selama tempoh ayahanda Baginda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-VII.
  • Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sentiasa mendekatkan diri dengan rakyat jelata dengan mengadakan lawatan ke serata pelusuk negeri, bukan sahaja secara rasmi tetapi apabila rakyat jelata ditimpa musibah dan bencana alam.
  • tp
    1. Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
      Tarikh Lahir : 05/08/1960
      Tarikh Perkahwinan : 06/03/1986
    SEMBILAN (Empat Putera dan Lima Puteri)

    1. Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, SIMP.
    2. Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan binti Tengku Mahkota Tengku Abdullah
    3. Yang Mulia Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Tengku Mahkota Tengku Abdullah
    4. Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah, SSAP.
    5. Yang Mulia Tengku Puteri Ilyana binti Tengku Mahkota Tengku Abdullah
    6. Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah
    7. Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah
    8. Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Tengku Mahkota Tengku Abdullah
    9. Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah binti Tengku Mahkota Tengku Abdullah
    JAWATAN DISANDANG
    • Canselor, Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
    • Canselor, Universiti Pahang Malaysia (UMP)
    • Canselor, DRB-HICOM University Of Automotive Malaysia
    • Bola Sepak
      President Pahang Football Association (1984 –
      Deputy President of Football Association of Malaysia (FAM) (- 2014)
      President of Football Association of Malaysia (FAM) (2013- 2017)
      Council Member of ASEAN Football Federation (AFF) (- current)
      Vice President of Asian Football Confederation (- 2015)
      Member of FIFA Executive Committee (FIFA) (2015- current)
    • Hoki
      President of Malaysian Hockey Confederation (MHC) (2008 – 2015)
      President Asian Hockey Federation (2014 – current)
      Member of Executive Board of International Federation of Hockey (2012 – current)
    • Polo
      President of Royal Malaysian Polo Association (RMPA) (- current)
      President of Royal Pahang Polo Club (RPPC) (- current)
    • Tenis
      President of Royal Pahang Tennis Club (RPTC)
    • Skuasy
      President of Pahang Squash Club (PSC)
    • Golf
      President of Royal Pahang Golf Club (RPGC)
  • Chairman of the Organising Committee of the 1997 FIFA World Youth Championship Malaysia
  • Member of the Organising Committee of 2003 FIFA Confederations Cup, Paris
  • Chairman of the Organising Committee of 2011 FIP Polo World Cup, Malaysia
  • Chairman of Organising Committee of 2012 FIH Congress, Kuala Lumpur
  • Chairman of 2015 AFC Asian Cup Australia
  • PEJABAT KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG
    26600 Pekan, Pahang Darul Makmur
    Tel : 09-4221601, Faks : 09-4223202

    Sumber daripada
    Pejabat KDYTM Tengku Mahkota Pahang