banner-pejabat-kdymm

PIAGAM PELANGGAN

“ Kami berjanji akan menjalankan tugas dengan penuh taat setia dan menjunjung titah perintah KDYMM Sultan Pahang dalam menjalankan urusan rasmi ”

AKTIVITI JABATAN

  1. Ketua Agama dan Adat Resam Negeri Pahang Darul Makmur.
  2. Memperkenankan Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Negeri.
  3. Memanggil dan Membubarkan Dewan Negeri.
  4. Melantik Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.
  5. Sebagai Punca Keadilan – KDYMM Sultan Pahang adalah Pengerusi Jumaah Pengampunan Negeri.
  6. Sebagai Punca Kedaulatan dan Kehormatan – KDYMM Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Penghargaan.

OBJEKTIF

Bertanggungjawab dalam semua urusan yang berkaitan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang sama ada urusan rasmi atau tidak rasmi bersesuaian dengan kedudukan baginda sebagai Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang dan jajahan takluknya yang memerintah mengikut undang – undang tubuh kerajaan Pahang.

FUNGSI

Pejabat KDYMM Sultan Pahang sebagai fungsi utama dalam melaksanakan semua urusan KDYMM Sultan Pahang selaku Raja Pemerintah Negeri Pahang Darul Makmur dan jajahan takluknya.

PEJABAT KDYMM SULTAN PAHANG
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-4221601, Faks : 09-4223202