Alat Kebesaran Diraja Negeri Pahang merupakan sekumpulan alatan yang menjadi lambang kekuasaan, kedaulatan serta keabsahan Sultan Pahang Darul Makmur. Alat-alat kebesaran ini digunakan dalam istiadat pertabalan seseorang sultan dan dalam istiadat rasmi yang lain.
COGAN KERAJAAN DAN COGAN DAUN KOPI
PEDANG BENTARA KIRI DAN BENTARA KANAN
Pedang ini dibawa oleh Bentara Kiri dan Bentara Kanan tanpa bersarung bagi berjalan di kiri kanan Raja Pemerintah atau Putera Mahkota yang mewakili Baginda dalam istiadat di Balairung Seri. Pedang ini ialah sebagai senjata kebesaran yang juga sebagai senjata kepada Pengawal Peribadi Baginda dalam istiadat Diraja.
DUA PEDANG KERAJAAN DAN DUA KERIS KERAJAAN
Dua Pedang Kerajaan dan Keris Kerajaan ini adalah merupakan alat kebesaran Diraja yang disandang oleh pembawanya iaitu dua orang pawai yang memakai tetampan dalam istiadat-istiadat Diraja seperti Bersiram Tabal, Pertabalan dan istiadat keberangkatan Baginda Sultan atau wakil Baginda ke Balairung Seri.
TOMBAK PANJANG DAN TOMBAK ENAM BELAS
Tombak Enam Belas bersama Tombak Panjang merupakan alat kebesaran Diraja yang mengiringi keberangkatan Baginda Sultan dalam istiadat di Balairung Seri atau istiadat-istiadat utama yang ditentukan seperti Bersiram dan Pemakaman bersama peralatan khusus yang lain. Setiap bilah tombak di sandang oleh jejawat di bahu kanan dengan memakai tetampan semasa berjalan atau dipegang secara menegak di masa berdiri dalam istiadat.
KERIS PANJANG DIRAJA
PAYUNG ENAM BELAS
PAYUNG PERIBADI KDYMM SULTAN PAHANG
Lambang kebesaran dan kehormatan dalam adat-adat Raja Melayu. Cogannya berwarna emas. Ia digunakan semasa KDYMM Sultan Pahang di majlis rasmi luar istana seperti memeriksa barisan kehormatan (unit beruniform) atau melakukan lawatan dan menemui rakyat jelata dalam majlis rasmi.