DARJAH KERABAT YANG MAHA UTAMA DIRAJA PAHANG (D.K.P.)
- Darjah Kerabat Diraja ini khas digunakan oleh Sultan Yang memerintah Negeri Pahang sahaja.
- Darjah Kerabat Diraja ini mempunyai satu peringkat sahaja. Keahlian Darjah Kerabat Diraja ini hendaklah terhad kepada Raja Pemerintah sahaja.
- Kalung Darjah Kerabat Diraja hendaklah mengandungi enam belas keping emas yang dicantum dengan rantai- rantai emas. Keping-keping emas ini disusun berempat-empat mengandungi cogan Negeri dan lain-lain lambang Negeri.
- Bintang Darjah Kerabat Diraja ini hendaklah berupa bintang emas berbucu lima yang diselangi dengan lima pasang bulan dan bintang dan bertatahkan kerongsang mengandungi lambang peribadi Baginda.
- Lencana Darjah Kerabat Diraja ini hendaklah berupa bintang emas berbucu lima yang digantung pada suatu motif daun emas dan salutan berwarna hijau. Di tengah-tengahnya terdapat satu ukiran wajah Raja Memerintah.
- Riband Darjah Kerabat Diraja hendaklah selepang panjang sutera selebar 9cm, berwarna kuning dengan tiga jalur kuning muda di tengah- tengah bertepikan jalur-jalur biru.
- Cogankata Darjah Kerabat Diraja ini ialah "Dilindungi Allah"
- Gelaran Pemakaian - Tiada
DARJAH KERABAT SRI INDERA MAHKOTA PAHANG YANG AMAT DIHORMATI (D.K.)
- Darjah Kerabat Diraja ini lazimnya dianugerahkan khas kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atau pengganti Sultan seperti KDYTM Tengku Mahkota.
- Gelaran Pemakaian - Tiada
DARJAH KERABAT SRI INDERA MAHKOTA PAHANG YANG AMAT DIHORMATI (D.K.) (II)
- Darjah Kerabat ini lazimnya dianugerahkan khas kepada keluarga atau kerabat Diraja yang hampir atau tokoh-tokoh pembesar tertentu yang diperkenankan oleh KDYMM Sultan.
- Gelaran Pemakaian - Tiada